Khamis, 6 Oktober 2011

Pudarnya Cinta..Kenapa jadi begitu?

Jika cinta semakin pudar dihati,kasih sayang akan mula terhakis dan terancam walaupun kita bermati-matian mengatakan cinta itu tetap miliki kita..Sayangnya dalam berjuang mempertahankan atau cuba mengembalikan cinta pasangan,apa yang berlaku adalah kita tidak kembali dapat merebut cinta dengan cinta.

Kita salah langkah,salah bertindak juga salah mengadaptasikan kembali rasa cinta itu kepada suatu hubungan yang harmonis..Justeru itu cinta akan semakin jauh untuk dikembalikan,semakin jauh untuk diraih kerana kita membuat hubungan semakin jauh,semakin panas dengan rasa marah,rasa baran dan sebagainya..Mengapa cinta semakin pudar? Mengapa susah meraih cinta? Mungkin disini jawapannya :)

 1-Bertemu Orang Lain
Salah satu sebab utama mengapa cinta putus ialah apabila anda bertemu orang lain yang dirasakan sangat memahami jiwa raga anda..Anda juga merasakan sikap2 pasangan semakin membosankan malah anda mula melihat kelemahannya tak kira cara penampilan,caranya bercakap dan sebagainya..Jadi bila anda bertemu dengan orang yang sesuai,anda akan meninggalkan dirinya dan pergi kepada orang yang anda rasakan sesuai.

2-Cuai Menjaga Hatinya
Hati adalah satu perasaan yang sangat halus..Hanya mereka yang benar2 bercinta sahaja yang dapat merasainya..Namun adakalanya mulut saja yang mengungkapkannya namun tidak dengan perasaan..Sebabnya sesetengah pasangan beranggapan,bila kata2 sayang sudah diluahkan itu tandanya satu ikatan sudah termetrai..Namun jika hanya percakapan sahaja tetapi tidak disertakan dengan cara,perbuatan dan sebagainya hati tidak akan merasai nikmat cinta itu..Tidak hairanlah ia semakin pudar dan hanya tunggu masa untuk berpisah.

3-Bosan
Selain bertemu orang lain dan anda cuai menjaga hatinya,salah satu perkara lagi mengapa diri menjauhi pasangan adalah kerana rasa bosan..Bila anda menjalin hubungan terlalu lama,terikat dengan satu komitmen,anda akan mudah bosan..Bila asyik bertemu orang yang sama,bekerja ditempat yang sama,pergi dan balik juga sama semua ini akan membuatkan suasana sangat membosankan..Kesannya rasa cinta anda akan semakin berkurangan.

4-Jarak Semakin Jauh
Cinta memerlukan pengorbanan,kasih sayang dan sebagainya..Namun cinta semakin pudar bila mana hubungan anda semakin menjauh terutama apabila anda sudah menjalinkan suatu hubungan terlalu lama.

Awalnya anda merasakan pasangan seorang yang sangat membosankan,lama-kelamaan bila hati semakin menjarak,silap2 anda merasakan pasangan adalah seekor dinasor yang perlu anda jauhi.

5-Tiada Lagi Persefahaman
Semakin lama mengenali pasangan,anda sudah tahu baik dan buruk dirinya..Apabila semakin banyak keburukan pasangan yang anda nampak,anda semakin menjauhi dirinya dengan pelbagai alasan..Selain itu,anda juga akan kerap bergaduh walaupun untuk hal2 yang remeh temeh bila cinta tak wujud lagi.

*Peringatan untuk diri amy sendiri..Jangan kita asyik melihat keburukannya sahaja..Cuba ingatkan kembali kebaikkan yang pernah dilakukan untuk kita :)