Isnin, 3 Oktober 2011

PMS? Datang Bulan? Opss ! Apa Yang Patut Lelaki Buat

1- Hadiahkan coklat kepadanya..Pasti si dia gembira menerimanya..Sesungguhnya pemberian kamu itu ubat kepada emosi si gadis kala itu.

2- Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu untuk memutuskan hubungan,peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya..Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu.

3- Lelaki sering terkena leteran tentu mengetahui bahawa kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah..Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya..Ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih (huhu walau apapun keadaan si dia)

4- Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini..Kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5- Bila si dia mula bertanyakan tentang badannya,jangan pula menambahkan bara dan mengungkit dia makan kek coklat semalam.

6- Sebaik-baiknya tarik si dia dan bawa si dia bersiar-siar..Udara segar mampu mengubah moodnya..Jangan sesekali mengingatkan dia mengenai ketidak selesaanya.

7- Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti atau baju kamu bertaburan di lantai kerana saat begini memungkinkan  dia meninggikan suara :)

8- Adakah lebih baik kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri..Kalau kamu sudah memahami kehadiran period wanita barulah bahagia dan serasi hidup :)

9- Bagi suami,belailah isteri jika si dia dalam kesakitan,dodoi isteri agar dia lebih tenang..Manakala sang kekasih pula ,bisikan kata2 manis di telingannya menerusi telefon jika si dia rasa kurang selesa. (Hehe si dia selalu wat,patut la sentiasa rasa tenang bila detik itu datang :) ..

10- Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami,ia bakal meringankan lagi tekanan wanita..Hadiahkanlah tuala wanita yang bersesuaian dengan si dia :) 

*Kena ambil tahu si dia pakai jenama apa,slim or maxi,wing or no-wing,bukan apa kalau emergency kan senang :)