Khamis, 13 Oktober 2011

Bapa Zaman Dahulu dan Sekarang


Bapa Zaman Dahulu :
Anak dijaga oleh pengasuh yang juga orang Melayu..Siap boleh duduk rumah sekali dan keyakinan nak tinggal anak dengan pengasuh agak tinggi,sebab selalunya yang menjaga tu pun orang yang kita kenal.

Bapa Zaman Sekarang :

Anak dijaga dekat nursery..Dijaga oleh wanita luar..Balik rumah anak berbahasa seberang..Setiap masa rasa cemas sebab tau pengasuh kena jaga ramai budak sekali..Ada lagi ke anak gadis tempatan nak kerja jadi pengasuh anak orang dekat rumah orang?


Bapa Zaman Dahulu :

Mampu tanggung anak ramai walaupun gaji tak berapa besar.

Bapa Zaman Sekarang :

Terpaksa fikir bajet kaw2 sebelum nak pancut dalam.


Bapa Zaman Dahulu :

Sekali beli barang untuk bagi makan family habis puluh-puluh.

Bapa Zaman Sekarang :

Sekali beli barang untuk makan family habis ratus-ratus.


Bapa Zaman Dahulu :

Mampu beli tanah besar dan buat rumah ikut design sendiri.
Kalau tak mampu pun mesti mampu beli tanah.

Bapa Zaman Sekarang :

Mampu beli rumah ada tanah sekangkang kera buat letak pasu sebijik dua
ikut design yang developer tetapkan.


Bapa Zaman Dahulu :

Hanya ada 3 jenis bil aje yang datang setiap bulan,bil letrik,bil telefon rumah dan bil air.

Bapa Zaman Sekarang :

Hanya ada 2 helai duit seratus yang tinggal dalam wallet lepas bayar pelbagai jenis bil.


Bapa Zaman Dahulu :

Risau anak tak nak belajar.

Bapa Zaman Sekarang :

Risau anak tak nak belajar,risau anak tengok porn,risau anak kecik2 dah ada awek,
risau anak nak jadi artis,risau anak pakai seksi-seksi,risau anak jadi mat rempit
dan bermacam lagilah benda yang merisaukan.


Bapa Zaman Dahulu :

Beli kereta dan yakin yang kereta kau akan kekal tahan berpuluh tahun.
Kualiti kereta pun body bapak ah keras. Mampu beli kereta luar,
Proton adalah option yang baik untuk mereka yang nak berjimat.

Bapa Zaman Sekarang :

Beli kereta dan sebulan dua lepas tu problem dah muncul.
Body kereta macam tin coca-cola..especially kereta Perodua.
Beli Proton atau Perodua adalah kemestian kalau tak nak beli kereta lagi mahal.
Proton is improving..tapi still tak reliable macam kereta Proton Saga mak aku dulu.


Bapa Zaman Dahulu :

Anak nak pegi main dekat padang petang2? Pegi la main.

Bapa Zaman Sekarang :

Anak nak pegi main dekat padang petang2? "Sekejap ye..bapak nak pakai baju teman adik.." Padang pun makin susah nak dijumpai.


Bapa Zaman Dahulu :

Anak darjah 1 nak main basikal jalan merata-rata..boleh aje.

Bapa Zaman Sekarang :

Anak darjah 1 nak main basikal mesti dalam kawasan rumah.

*Senyum tak perlu kata apa2 :)