Isnin, 17 Oktober 2011

Kebahagiaan :)



Semua pasangan mengimpikan hubungan yang akan kekal dari bercinta-bertunang-berkahwin dan seterusnya hidup bahagia bersama sehingga ke akhir hayat..untuk kekal dalam satu perhubungan bukan mudah..kena ada komitmen dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi..Kalau sekadar untuk suka-suka atau hanya untuk enjoy-enjoy  itu adalah hubungan yang buang masa dan merugikan!

Dasar kepada perhubungan ialah : Hormat selain daripada Kepercayaan sebenarnya ada banyak alasan lagi tapi pada saya ini antara yang paling basic selain daripada komunikasi dan kejujuran.


Pada saya nilai sesebuah hubungan itu bukan hanya diukur dari berapa banyak ucapan 'cinta' yang diluahkan oleh pasangan kepada kita..tidak kiralah melalui SMS, MMS, atau lisan sekalipun tetapi hubungan sebenar 'bernilai' lebih dari sekadar itu..Saya pernah terbaca satu tulisan yang mengatakan dia mahukan 'lelakinya' keep on calling or texting her every 5 minutes untuk updates dia kat mana and also just to tell her, i love you, i need you, i want you..saya kata itu bodoh dan gila! ..Alasannya ialah itu adalah kepercayaan dan ukuran cinta..Kepercayaan bukan berdasarkan kepada berapa banyak SMS,MMS atau Call dia kepada anda tetapi sejauh mana dia mahupun anda mempercayai sesama sendiri dalam menguatkan lagi hubungan perasaan anda berdua.


Memanglah cinta itu terlalu mengasyikkan saya akui,tetapi asyik dalam percintaan tidak bermakna anda juga perlu menjadikan hubungan anda itu cinta agung ala-ala percintaan kayangan,percintaan dalam novel ataupun drama! Biarlah
realistic - sedar bahawa cinta agung yang sebenar hanyalah kepada Pencipta..Tidak akan ada cinta agung selain Tuhan..Anda perlu sedar bahawa sebagai manusia biasa anda tidak mampu menjangka sikitpun akan untung-nasib perhubungan anda tidak kiralah atas dasar apa sekalipun - persahabatan-percintaan-pertunangan-perkahwinan sekalipun, hubungan sentiasa ada ombak-badainya hanya yang benar-benar kuat sahaja yang pasti akan mampu mengharungi semua dugaan.

Jangan kata yang bercinta mahupun bertunang..Saat ini ya mungkin saja bahagia berterusan, tapi esok-lusa-tulat-langkat siapa yang mampu menjangkakan?


Sesebuah hubungan itu juga perlu ada rasa hormat kepada pasangan masing-masing..Hormat bukan bermaksud anda perlu tunduk,patuh dan angguk pada setiap arahannya setiap masa tapi ini lebih kepada sejauh mana anda rasa selesa,senang dan mudah selama bila bersamanya..Tiada rasa takut dan tiada rasa dikongkong,bila ada rasa takut dan dikongkong itu bukan keselesaan dan itu juga menyusahkan!


Anda perlu dihormati dalam apa circumstances sekalipun, You have to respect and to-be respect on one another's differences,opinions, bodies, families and friends..Dan kalau dia mula berkata atau act something yang menyakitkan dan menjatuhkan maruah anda itu adalah dis-respect!
*tiada kompromi*

Saya menerima satu emel daripada seorang sahabat yang meminta pendapat perihal hubungan cinta,walau saya bukan experts tapi bila dia meminta pertolongan saya rasa harus untuk menolong kebetulan saya juga pernah melalui perkara yang hampir-hampir sama dengan pengalamannya.


Dalam e-mel tu, antaranya, dia menulis begini :

"....tiap kali gaduh mesti akan cakap 'kau ni memang perempuan sundal, kau pegi jual badan kat jantan lain' ". Kalau setakat perkataan pelacur, sial,babi,bodoh tu dah jadi benda yang wajib dia cakap.."

Pada saya ini adalah dis-respect, akuilah bahawa sundal, bodoh, pelacur, lembu, lembab itu adalah bukti akan betapa tidak hormatnya dia kepada anda dan perasaan anda..Dia sebenarnya sedang mendera perasaan anda dan penderaan perasaan jauh lebih menyakitkan berbanding dipukul-terajang!.. Jika satu hari nanti anda memilih untuk terus bersama dia, bayangkan apa dan bagaimana perasaan anda bila setiapkali dia berkata begitu kepada anda, di hadapan kawan-kawan anda,di hadapan keluarga anda,dihadapan anak-anak anda? Sanggupkah anda untuk terus menerima dan berhadapan dengan penderaan itu setiap masa?
   
Jika anda sanggup kerana cinta agung anda,silakan- tapi, be realistic dan fikirlah masa hadapan yang panjang, jangan anggap hubungan ini hanyalah antara anda dan si dia, tapi fikirkan sekiranya anda mengambil keputusan untuk berkahwin, pasti akan anda hubungan antara keluarga, sahabat-handai, saudara-mara dan orang terdekat, bagaimana mungkin dia mampu menghormati mereka semua bila dia,at the first place tidak sedikitpun mampu menghormati anda selayaknya..Jangan jadi bodoh dan jangan terus-terusan memperbodohkan diri!

Kepada dia yang bergelar perempuan itu,fikir dan renung kembali-apa bentuk hubungan masa hadapan yag anda impikan? Samada anda mahu kisah cinta anda itu diadun dengan kasih-sayang yang penuh rasa hormat dan kepercayaan bersama ataupun anda mahu dilayan seperti perempuan yang maruahnya sentiasa dicalar dan dihina? 

* Kami pun mengharapkan ikatan perhubungan kami kekal hendakNYA