Jumaat, 7 Oktober 2011

Petua yang diamalkan :)

Kopi  
1- Kopi
Hampas kopi selalunya amy buat scrub kat badan untuk menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit (tambahkan halia untuk membuang angin dalam badan)


Kangkung
2- Kangkung
Ramas kangkung sehingga keluar lendir dan lumurkan ke seluruh rambut..dapat megurangkan rambut gugur dan melebatkan rambut.


Bawang Putih
3- Bawang Putih
Gigi amy tak macam gigi orang lain,gigi amy macam gigi susu..jadi untuk mengekalkan keputihan gigi amy,amy guna bawang putih untuk gosok gigi sebelum memberus macam biasa :)


Beras
4- Beras (Air basuhan beras)
Tiap2 kali nak masak nasi air basuhan beras amy tak buang,amy amek untuk membasuh muka..tujuannya untuk menghindari daripada tumbuhnya jerawat dan menegangkan kulit muka :)


Telur
5-Telur (Putih Telur)
Wapkan muka dengan air panas,pastu letakkan putih telur ke seluruh muka..tekapkan topeng masker (ada dijual dekat farmasi)..Biarkan 10minit,kemudian tarik topeng masker tu..Blackhead,whitehead akan tertanggal :) InsyaAllah..


*Inilah sebahagian dari bahan2 semulajadi yang amy amalkan dari umur 12thn lagi :)
Biar kita tak cantik,asalkan kulit kita sihat dan bersih :)