Selasa, 25 Oktober 2011

Temanilah Aku :)



Sampai mati pun engkau takkan ku lepaskan
Akan ku jaga seumur hidupku
Beribu puisi yang ku untaikan untukmu
Ingin ku selalu memiliki kamu


Jangan pernah kau sakiti aku lagi
Cobalah untuk lengkapi hidupku
Ku ingin menjaga dirimu
Tak akan pernah ku sakiti kamu


Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu


Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa kamu
Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu


Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu


Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa kamu
Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu


Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa kamu
Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu

*Untuk tersayang Wazi :)

TakTahuNakCakap,TulisJeLa

Semalamsambungdenganhariinirasatakadamoodsangat..
Entahkenapapuntaktahu..
Yangamytahusidiamacamlebihkankeretadariamysedihtau..
Hurmsabarjelaapabolehbuatnasibbadan..
Terpaksalajagahatisendirihuk3..
Nakbeliapa2punrasamalasnaktanyapendapatoranglain..
Rasanakbeliamybelije..
Taktahunakcakapapalagi..
Lainkaliamytulislagiye..

Moodsebaksangat

*Terpinggir,dipinggir & meminggirkan diri

Jumaat, 21 Oktober 2011

Lebih baik si dia tengok majalah KERETA daripada tengok majalah PLAYBOY

Semalam lepas je balik keje terus singgah giant beli barang2 keperluan..Wazi nampak je kedai buku terus dia beli majalah kereta..then tengah jalan pun belek2 majalah yang baru dibeli tadi..

Pergi ke foodcourt lepas beli makanan semua amy pun makan & berselera dengan makanan amy tanpa pandang wazi tengah buat apa..Wazi masih sibuk dengan majalah dia,amy marah dia..Yela tengah makan,patutnya makan la dulu kan.

Amy tanya wazi,"kenyang ke kalau baca majalah tu?" ..Diam je dia huhu..

Pastu tengok wazi makan,alahai kesiannya amy marah dia..Lagipun amy fikir balik bukan dia tengok malajah playboy or majalah yang tak senonoh pun..Dalam hati amy,kalaulah dia tengok majalah yang tak senonoh sampai kushuk tak makan patut la amy marah dia..Ni amy sikit2 nak marah dia.. -.-


*Maafkan amy -.-

Rabu, 19 Oktober 2011

Bila Kita . . .


Bila kita Jadi Jahat,Orang Benci..Bila Jadi Baik,Orang Meluat..

Bila kita ikut suruhan agama..ada orang kata kita belagak alim..


Bila kita langgar suruhan agama..ada orang kata "Astaghfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..


Bila kita ikut peraturan..ada orang kata kita skema..

Bila kita langgar peraturan..ada orang kata kita ni macam takde masa depan..

Bila kita tegur dengan baik..ada orang kata kita ni bajet bagus..

Bila kita tegur dengan kasar..ada orang kata kita ni kurang ajar..

Bila kita pakai sopan-sopan..ada orang kata kita ni 'kampungg gilerr'..

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'..ada orang kata kita ni tak ada harga diri sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat..ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..

Bila kita sindir-menyindir..ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..

Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebuk sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..

Bila kita tak tolong apa-apa..ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita..Apa yang kita buat semua salah..semuanya tak betul di mata mereka..Kalau buat salah sudah tentunya salah..tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :-


Keputusan yang kita ambil,langkah yang kita mula..perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita..bukan pandangan manusia..

* =_= 

Without ALLAH

* Peringatan untuk diri sendiri jugak :)

Isnin, 17 Oktober 2011

Aku Tak Malu :)



Jika engkau bertanya
Sepedih apa hidupku
Cukup tatap mata ini
Dan kau rasakan, dan kau rasakan
Ku ikhlaskan apa adanya aku
Tanpa harus aku mengeluh
Karena ku yakin Tuhan lebih tahu
Ini terbaik untukku

Tak perlu lagi ada air mata
Hidupku belum habis semua
Karena ku yakin Tuhan masih ada
Dan akan selalu ada

Aku malu padamu tahu kekuranganku
Tapi aku lebih malu
Bila Tuhan tahu
Ku tak terima hidupku

Ku ikhlaskan apa adanya aku
Tanpa harus aku mengeluh
Karena ku yakin Tuhan lebih tahu
Ini terbaik untukku

Tak perlu lagi ada air mata
Hidupku belum habis semua
Karena ku yakin Tuhan masih ada
Dan akan selalu ada

Tak perlu lagi ada air mata
Hidupku belum habis semua
Karena ku yakin Tuhan masih ada
Dan akan selalu ada 


*Terima kasih kepada Wazi (syg)

Kebahagiaan :)



Semua pasangan mengimpikan hubungan yang akan kekal dari bercinta-bertunang-berkahwin dan seterusnya hidup bahagia bersama sehingga ke akhir hayat..untuk kekal dalam satu perhubungan bukan mudah..kena ada komitmen dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi..Kalau sekadar untuk suka-suka atau hanya untuk enjoy-enjoy  itu adalah hubungan yang buang masa dan merugikan!

Dasar kepada perhubungan ialah : Hormat selain daripada Kepercayaan sebenarnya ada banyak alasan lagi tapi pada saya ini antara yang paling basic selain daripada komunikasi dan kejujuran.


Pada saya nilai sesebuah hubungan itu bukan hanya diukur dari berapa banyak ucapan 'cinta' yang diluahkan oleh pasangan kepada kita..tidak kiralah melalui SMS, MMS, atau lisan sekalipun tetapi hubungan sebenar 'bernilai' lebih dari sekadar itu..Saya pernah terbaca satu tulisan yang mengatakan dia mahukan 'lelakinya' keep on calling or texting her every 5 minutes untuk updates dia kat mana and also just to tell her, i love you, i need you, i want you..saya kata itu bodoh dan gila! ..Alasannya ialah itu adalah kepercayaan dan ukuran cinta..Kepercayaan bukan berdasarkan kepada berapa banyak SMS,MMS atau Call dia kepada anda tetapi sejauh mana dia mahupun anda mempercayai sesama sendiri dalam menguatkan lagi hubungan perasaan anda berdua.


Memanglah cinta itu terlalu mengasyikkan saya akui,tetapi asyik dalam percintaan tidak bermakna anda juga perlu menjadikan hubungan anda itu cinta agung ala-ala percintaan kayangan,percintaan dalam novel ataupun drama! Biarlah
realistic - sedar bahawa cinta agung yang sebenar hanyalah kepada Pencipta..Tidak akan ada cinta agung selain Tuhan..Anda perlu sedar bahawa sebagai manusia biasa anda tidak mampu menjangka sikitpun akan untung-nasib perhubungan anda tidak kiralah atas dasar apa sekalipun - persahabatan-percintaan-pertunangan-perkahwinan sekalipun, hubungan sentiasa ada ombak-badainya hanya yang benar-benar kuat sahaja yang pasti akan mampu mengharungi semua dugaan.

Jangan kata yang bercinta mahupun bertunang..Saat ini ya mungkin saja bahagia berterusan, tapi esok-lusa-tulat-langkat siapa yang mampu menjangkakan?


Sesebuah hubungan itu juga perlu ada rasa hormat kepada pasangan masing-masing..Hormat bukan bermaksud anda perlu tunduk,patuh dan angguk pada setiap arahannya setiap masa tapi ini lebih kepada sejauh mana anda rasa selesa,senang dan mudah selama bila bersamanya..Tiada rasa takut dan tiada rasa dikongkong,bila ada rasa takut dan dikongkong itu bukan keselesaan dan itu juga menyusahkan!


Anda perlu dihormati dalam apa circumstances sekalipun, You have to respect and to-be respect on one another's differences,opinions, bodies, families and friends..Dan kalau dia mula berkata atau act something yang menyakitkan dan menjatuhkan maruah anda itu adalah dis-respect!
*tiada kompromi*

Saya menerima satu emel daripada seorang sahabat yang meminta pendapat perihal hubungan cinta,walau saya bukan experts tapi bila dia meminta pertolongan saya rasa harus untuk menolong kebetulan saya juga pernah melalui perkara yang hampir-hampir sama dengan pengalamannya.


Dalam e-mel tu, antaranya, dia menulis begini :

"....tiap kali gaduh mesti akan cakap 'kau ni memang perempuan sundal, kau pegi jual badan kat jantan lain' ". Kalau setakat perkataan pelacur, sial,babi,bodoh tu dah jadi benda yang wajib dia cakap.."

Pada saya ini adalah dis-respect, akuilah bahawa sundal, bodoh, pelacur, lembu, lembab itu adalah bukti akan betapa tidak hormatnya dia kepada anda dan perasaan anda..Dia sebenarnya sedang mendera perasaan anda dan penderaan perasaan jauh lebih menyakitkan berbanding dipukul-terajang!.. Jika satu hari nanti anda memilih untuk terus bersama dia, bayangkan apa dan bagaimana perasaan anda bila setiapkali dia berkata begitu kepada anda, di hadapan kawan-kawan anda,di hadapan keluarga anda,dihadapan anak-anak anda? Sanggupkah anda untuk terus menerima dan berhadapan dengan penderaan itu setiap masa?
   
Jika anda sanggup kerana cinta agung anda,silakan- tapi, be realistic dan fikirlah masa hadapan yang panjang, jangan anggap hubungan ini hanyalah antara anda dan si dia, tapi fikirkan sekiranya anda mengambil keputusan untuk berkahwin, pasti akan anda hubungan antara keluarga, sahabat-handai, saudara-mara dan orang terdekat, bagaimana mungkin dia mampu menghormati mereka semua bila dia,at the first place tidak sedikitpun mampu menghormati anda selayaknya..Jangan jadi bodoh dan jangan terus-terusan memperbodohkan diri!

Kepada dia yang bergelar perempuan itu,fikir dan renung kembali-apa bentuk hubungan masa hadapan yag anda impikan? Samada anda mahu kisah cinta anda itu diadun dengan kasih-sayang yang penuh rasa hormat dan kepercayaan bersama ataupun anda mahu dilayan seperti perempuan yang maruahnya sentiasa dicalar dan dihina? 

* Kami pun mengharapkan ikatan perhubungan kami kekal hendakNYA

Jumaat, 14 Oktober 2011

Sebab-sebab berlakunya “Tension headache”


Sebab-sebab utama berlakunya tension headache tidak di ketahui.Sakit kepala ini tidak diwarisi melalui keturunan.Terdapat sesetengah pesakit,tension headache ini dipercayai disebabkan ketegangan pada otot kepala dan leher.Ketegangan otot ini berlaku kerana:-


1. Stress(emosi atau mental)
2. Tidak cukup tidur
3. Posture tubuh yang salah atau posisi badan yang tidak selesa
4. Lapar/masa makan yang tidak tetap
5. Dahaga yang amat(dehydration)
6. Kerisauan( anxiety)
7. Kepenatan yang amat/terlalu kuat bekerja(overexertion)
8. Keletihan mata(eye strain)

*Sakit kepala amy..Alhamdulillah :)

Bersyukurlah

Dituruni pelbagai dugaan dan rintangan . .
Diselami suka dan duka . .
Dikurniakan harta duniawi . .
Diharapkan aku masih bernafas . .

*Alhamdulillah :)

Khamis, 13 Oktober 2011

Senyum : )

•.♥• Senyumlah andai dirimu dilukai •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dilupai •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dikhianati •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu ditindasi •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dibebani •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu disakiti •.♥•
•.♥• SENYUMLAH SAHABATKU..."•.♥•

Perbaiki Kamus Cintamu wahai Wanita

Hanyir.
Loya.
Hambar.
Ketika remaja seusianya sibuk mengejar bintang, mengatur masa depan,
Dia hanya mampu terbaring lesu.
Benaknya kosong, perutnya membusung.
Dia datang dengan loya yang disangka biasa
ternyata ada makhluk kecil yang ingin memberitahu kewujudannya.

Kalau pada suami isteri, ia adalah khabar gembira, Rezeki Yang Maha Kuasa.
Tapi buat beliau, ia ibarat gegak gempita, petir tengahari buta.
Pejantannya jauh di Kuala Lumpur, yang semakin susah dihubungi sejak kebelakangan ini. Jangan perkataan menikah, bertanya khabar saja tidak.

Potret ini bukan sedikit, tapi banyak, baru 7 minggu di bahagian Sakit Puan, kes yang serupa hampir mencecah angka 30. Dari 30, hanya sedikit yang mahu bertanggungjawab.

Ketika ini
Rambut yang dulunya direbonding, disikat pun tidak.
Badan yang dulunya disiram pewangi dari neraka, kononnya menambah wibawa merangsang arjuna, kini busuk, hanyir dan berdaki.
Lekuk tubuh? Kulit mulus? Kembang, kusam,  bengkak tidak terawat.

Ketahuilah wanita, setiap inci tubuhmu yang kau biarkan disentuh lelaki yang tidak layak akan membuatkan dirimu murah dan semakin murah sebelum akhirnya tiada harga.
Tiap kali kau mahu telanjang tetapi berpakaian
Fikir dahulu, apa bezamu dengan pelacur jalanan
Yang setidaknya dibayar.
Kami, kaum lelaki
Kalau tiada iman
Lebih binatang dari binatang
Lebih busuk dari longkang.

Kalau boleh jujur,
bukan kami, lelaki yang akan mengusung buah haram tersebut kesana kemari.
Bukan kami juga yang akan merasa sakit, perit ketika bersalin nanti.
Bertanggungjawab? Untuk apa? Sama sama menanggung malu? Sama sama menjadi tohmahan orang sekeliling?

Lebih baik kami pergi, mencari kekasih hati yang lain. Lagipun, bukan ada tanda kalau kami sudah pernah hilang teruna. Malah dalam agama, tidak ada kewajipan untuk seorang lelaki mengahwini perempuan yang telah dizinahi. Kalaupun anak tersebut lahir, haram dibinkan dengan nama kami. Jadi sekali lagi, untuk apa?
It’s such an easy choice.

Jadi
Perbaikilah kamus cintamu wahai wanita.
Lelaki yang Gentleman bukanlah yang membukakan pintu kereta untukmu ketika kalian hendak berkhalwat (dating)
Lelaki yang romantik bukanlah yang menyanyikan untukmu lagu cinta yang membuatkanmu cair,luluh bersama maruah dan kehormatanmu.

Tetapi lelaki yang Gentleman dan Romantik, adalah lelaki yang tidak akan menyentuhmu, jiwa dan raga, dengan perbuatan mahupun kata kata, sebelum dia mampu bersumpah didepan Allah dan manusia, untuk menjagamu dan zuriatmu sampai ke syurga.

It’s your call.

Bapa Zaman Dahulu dan Sekarang


Bapa Zaman Dahulu :
Anak dijaga oleh pengasuh yang juga orang Melayu..Siap boleh duduk rumah sekali dan keyakinan nak tinggal anak dengan pengasuh agak tinggi,sebab selalunya yang menjaga tu pun orang yang kita kenal.

Bapa Zaman Sekarang :

Anak dijaga dekat nursery..Dijaga oleh wanita luar..Balik rumah anak berbahasa seberang..Setiap masa rasa cemas sebab tau pengasuh kena jaga ramai budak sekali..Ada lagi ke anak gadis tempatan nak kerja jadi pengasuh anak orang dekat rumah orang?


Bapa Zaman Dahulu :

Mampu tanggung anak ramai walaupun gaji tak berapa besar.

Bapa Zaman Sekarang :

Terpaksa fikir bajet kaw2 sebelum nak pancut dalam.


Bapa Zaman Dahulu :

Sekali beli barang untuk bagi makan family habis puluh-puluh.

Bapa Zaman Sekarang :

Sekali beli barang untuk makan family habis ratus-ratus.


Bapa Zaman Dahulu :

Mampu beli tanah besar dan buat rumah ikut design sendiri.
Kalau tak mampu pun mesti mampu beli tanah.

Bapa Zaman Sekarang :

Mampu beli rumah ada tanah sekangkang kera buat letak pasu sebijik dua
ikut design yang developer tetapkan.


Bapa Zaman Dahulu :

Hanya ada 3 jenis bil aje yang datang setiap bulan,bil letrik,bil telefon rumah dan bil air.

Bapa Zaman Sekarang :

Hanya ada 2 helai duit seratus yang tinggal dalam wallet lepas bayar pelbagai jenis bil.


Bapa Zaman Dahulu :

Risau anak tak nak belajar.

Bapa Zaman Sekarang :

Risau anak tak nak belajar,risau anak tengok porn,risau anak kecik2 dah ada awek,
risau anak nak jadi artis,risau anak pakai seksi-seksi,risau anak jadi mat rempit
dan bermacam lagilah benda yang merisaukan.


Bapa Zaman Dahulu :

Beli kereta dan yakin yang kereta kau akan kekal tahan berpuluh tahun.
Kualiti kereta pun body bapak ah keras. Mampu beli kereta luar,
Proton adalah option yang baik untuk mereka yang nak berjimat.

Bapa Zaman Sekarang :

Beli kereta dan sebulan dua lepas tu problem dah muncul.
Body kereta macam tin coca-cola..especially kereta Perodua.
Beli Proton atau Perodua adalah kemestian kalau tak nak beli kereta lagi mahal.
Proton is improving..tapi still tak reliable macam kereta Proton Saga mak aku dulu.


Bapa Zaman Dahulu :

Anak nak pegi main dekat padang petang2? Pegi la main.

Bapa Zaman Sekarang :

Anak nak pegi main dekat padang petang2? "Sekejap ye..bapak nak pakai baju teman adik.." Padang pun makin susah nak dijumpai.


Bapa Zaman Dahulu :

Anak darjah 1 nak main basikal jalan merata-rata..boleh aje.

Bapa Zaman Sekarang :

Anak darjah 1 nak main basikal mesti dalam kawasan rumah.

*Senyum tak perlu kata apa2 :)

Rabu, 12 Oktober 2011

Aku ingin . . .


Aku ingin terbang
Berlegar di angkasa
Menyentuh bintang
Menyapa awan.

Kuingin menari di dada langit
Melagukan rindu buat sang bulan
Bertanya khabar sang pelangi
Setelah gerimis pergi
Dan suria kembali menculkan seri
Tersenyum melihat sang mendung 
Aku menjauhkan diri :)

*Tiba2 je ini yang terlintas difikiran..wah macam tak percaya amy :)

Satu hubungan sebenar...


- Mempunyai perkelahian.
- Mempunyai kejujuran.
- Mempunyai kepercayaan.
- Mempunyai air mata.
- Mempunyai kecederaan.
- Mempunyai senyuman manis.
- Mempunyai ketawa.
- Mempunyai kesabaran.
- Mempunyai komunikasi.
- Mempunyai rahsia.
- Mempunyai cemburu.

*Nota cinta :)

Bila Hati Bersuara


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

*Bukan artikel berantai..Silalah share untuk kawan2 yang lain :)

Seterika Wap : )

8/10/2011 (Sabtu)
8/10/2011 (Sabtu)
Alhamdulillah seterika ini akhirnya menjadi milikku :)
Seterika ni berwap jadi senang,letak air dalam seterika panaskan sampai keluar wap dah boleh digunakan..senang :)
Terima kasih kepada syg sebab belikan seterika ni untuk amy..
Amy gembira sangat bila dapat seterika ni..
Gembira untuk mengosok baju dan lebih bersemangat :) 

*Alhamdulillah :)

Birthday adikku Muhammad Izham 9/10/2011 yg ke-15 :)

9/10/2011 (Ahad) genap umur Izham 15tahun
Pada 9/10/2011 ahad,birthday adik bongsu amy..dah besar panjang da izham..tinggi lagi dari amy huhu..Moga panjang umur dimurahkan rezeki,di sihatkan tubuh badan..amin

Azroy,Amy (me),Diana,Izham
Tengok tinggi kan?
Lelaki memang cepat tinggi kot..tengok amy & diana alahai ketot je huhu.. 

*Dah besar adik2ku ni..

Tersentuhnya ;'(

Bf : Kita main satu game nak tak ?
Gf : Game apa ?
Bf : Macam ni,esok awak tak payah contact saya..Maksudnya tak payah msg,call or apa2 yang berkaitanlah..Saya pun buat macam tu dekat awak okay ? Kita tengok siapa menang .
Gf : Okay !

Esoknya,si Gf terpaksalah tahan rindu dekat Bf..Mengenangkan yang ni satu permintaan,si Gf cuba kuatkan hati .

Keesokkan harinya,si Gf call si Bf..Tapi tak dijawab..So si Gf pergi dekat rumah Bf dia..Di luar rumah,ramai org..Dia mula rasa pelik then terus masuk ke rumah..Sekujur tubuh terbaring kaku di tangga rumah dan tubuh tu adalah jasad si Bf yang dah meninggal..Mak si Bf pun bagi surat dekat GF .

Surat yang bertulis :

Sayang,semalam awak dapat hidup sehari tanpa saya..Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dapat hidup bhagia tanpa saya.. Love you  :'(

Sabtu, 8 Oktober 2011

Saya Tak Faham

Masih dekat opis,hujan & tiada orang nak amek saya..Si dia?
Sibuk menjaga hati kawan dia,Hati saya,tak jaga pulak..
Terpaksa la saya jaga Hati saya sendiri..
Padahal sepatutnya waktu macam ni saya dah balik umah dah tapi Si dia tengah temankan kawan yang selalu memaki hamun dia waktu tengah marah..
Saya tak faham..
Saya tahu kawan penting..tapi kalau kawan tu yang suka memaki hamun,pastu susah mintak tolong..
Saya tak faham..
Kami berselisih faham bukan pasal masalah dari kami sendiri..
Tapi kami berselisih faham selalunya pasal "orang" yang tak ada kena mengena dalam hubungan kami..
Saya tak faham..
*Alhamdulillah :)

Jumaat, 7 Oktober 2011

Syurga atau Neraka ?

Selagi nyawa dikandung badan,selagi itulah amal kebaikan kita diambil kira..
Tiada apa yang dapat menolong ke disana nanti..hanya amalan kita semasa kita didunia yang dapat menolong..

Bila kita sudah tiada didunia ini adakah orang2 yang kita sayang akan mendoakan kita?

Kekasih ? Itupun kalau dia betul2 dan masih sayangkan kita..Bila kita dah tiada didunia ini,rasa2 dia akan ingatkan kita lagi ke? Dia akan menjalani kehidupan hariannya,bersama kawan2nya mungkin jugak bersama buah hati barunya :) 

Keluarga ? InsyaAllah,keluarga yang sayangkan kita akan mendoakan kita :) 

Kawan-kawan? Rasa2 dorg ingat lagi ke dekat kita bila kita dah tiada? Amy tak rasa kawan2 akan mendoakan kita..Mereka hanya kawan2 kita didunia semata2 :)

Dimanakah kita nanti? 
Mengikut amal ibadat kita,jika banyak amal ibadat InsyaAllah ke Syurga..


* Wallahu a’lam :)

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN




Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana,tutup sini

Tengok budak lelaki,pakai baju pagoda pun orang tak bising

Perempuan stoking pun kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Confirm tak tahan bertutup semua

Tapi perempuan cool je :)

Tengah panas pun boleh pakai jubah tanpa mengeluh,hebatkan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pun susah

Kalau boleh masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit

Cuba tengok budak lelaki selamber je

Kadang2 setahun sekali pun susah nak dapat sakit

Tapi perempuan hidup berpuluh2 tahun dengan penyakit tiap2 bulan survive je

Tengah2 sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat je sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yang paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat je dapat pengganti

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan? Lelaki boleh gelak2 lagi

Hati perempuan lembut

Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah,ramai perempuan yang merajuk Dengan Allah

Diorang cakap Allah tak adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang nak jaga 10 anak lelaki tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni ramai perempuan2 kat luar sana yang bebel

Diorang pakai-pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan,'lelaki tak payah tutup pun'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah diorang sanggup rosakkan diri

Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan

Betul,syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi cuba ingat balik,syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa..Kalau bukan kaki ibunya

Betul,isteri kena ikut cakap suami

Tapi seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

Tak adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki,syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu

Tapi perempuan,ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan itu

MasyaAllah,hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yang berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

Tengok pula bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita tak pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu,berpuasa sebulan (Ramadhan) menjaga kehormatan dan taat kepada suami,dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat perempuan

Wahai kaum hawa sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yang tak berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang dunia yang besar ni,dunia yg cantik ni,kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah WANITA SOLEHAH

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum Adam..Hargailah kaum Hawa yang sentiasa berada disisimu..Bimbinglah dia,kalau silap langkahnya Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak..Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya..Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu..Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi



*Kalau apa yang amy coretkan ini salah..Maaf ye,amy manusia biasa tak lepas dari melakukan kesilapan :)