Selasa, 29 November 2011

Kawan,Teman & Sahabat


Kawan terlalu senang untuk ditemui..Kadang2 dalam masa seminit kita mampu mencarinya dan masa setengah saat,ia hilang saat kita memerlukannya.

Teman pula sukar dicari kerana dalam beratus2 kawan yang kita ada mungkin hanya ada seorang teman.

Manakala sahabat senang dimiliki andai seorang teman wujud di dalam hati kita..Sahabat adalah manusia yang istimewa dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya tapi sayang sesetengah sahabat tidak menjalankan tanggungjawab dengan sebaik2nya..Sebab itulah terjadinya masalah sosial yang semakin hari semakin parah..Sahabat adalah yang paling penting dalam hidup kita..Tanpa sahabat kita mungkin menjadi seseorang yang tidak tahu untuk menghargai sesuatu yang ada di depan mata..

Carilah sahabat dan bukannya kawan,sahabat akan sentiasa bersama kita ketika susah dan senang..Dia akan memandu kita ke jalan yang benar tapi kawan hanya untuk seronok dan bersikap sebaliknya..

*Amy ada beberapa orang sahabat..amy sayang dorang sangat..