Adakah anda berdua pasangan serasi
Jika anda inginkan perkahwinan yang bahagia, carilah pasangan yang berbeza posisi dengan anda. Semakin jauh, semakin baik.Pasangan yg urutan lahirnya bermula dari belakang, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dalam keluarga serta saranan penting sebagai panduan.
SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama. Masalah yang dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar daripada sifat mereka sendiri yang inginkan kesempurnaan Dan sentiasa memikirkan siapa yang lebih berkuasa dalam apa juga perkara.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yang bahagia. Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.
* Jgn suka membuat andaian yang berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yang belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan bahawa ia pasti berlaku. Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yang keras, bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada pasangan. Ini adalah sikap yang sangat tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
* Definisikan peranan masing-masing dengan jelas. Ini dapat mengelakkan daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yang berhak melakukan ini atau itu. Berbincang dan putuskan dari awal tentang tanggungjawab masing-masing.
* Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tidak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.
* Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik daripada cara anda. Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik. Apa kata cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”
SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah ‘paradoks’ (kelihatan bercanggah tetapi benar) yang membosankan. Sebagai anak yang memiliki kakak/abang serta adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yang sebenar.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Selalulah berbincang. Jangan biarkan pasangan anda berkata, “semuanya ok” tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.
* Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. Khususnya bagi anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan-kejutan kecil kerana kebiasaannya anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga.
* Jika ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama
SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yang ideal dan saling tertarik antara satu sama lain. Anak sulung mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip hidup dan rancangan masa depan. Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup. Sebaiknya ialah, isteri sulung sementara suami bongsu. Wanita yang lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sgt tinggi. Sementara lelaki yang lahir sebagai anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. Dalam hal ini, mereka saling lengkap melengkapi. Namun perlu diingat, kebahagian dalam perkahhwinan bukan ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
* Jangan terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Kerana setiap orang mempunyai kelemahan, tetapi ia harus diperbaiki dengan cara sebaik mungkin. Jangan terlalu drastic, tetapi pasti.
* Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
* Komunikasi perlu sentiasa dijaga. Pastikan bahwa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.
TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mereka tidak diterima.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Jika sukar untuk bercakap, cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan. Seperti surat, kad atau pun sms.
* Bina kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sebagainya.
* Luaskan pergaulan. Bergaullah dgn rakan-rakan, baik di pejabat atau pun tetangga. Tetapi elakkan daripada kecurangan atau perkara-perkara yang negatif.
* Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jangan lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.
TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif Dan seorang lagi sosial.Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Jangan sesekali meperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yang dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan.
* Sesekali cubalah idea-idea baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
* Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
* Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal. Jangan menangis atau ketawa sendirian.
BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya. Kerana itu sejak daripada awal lagi, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan kewajipan masing-masing. Juga kesepakatan untuk menerapkan disiplin dalam rumah tangga. Jika ia diabaikan, sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan orang lain.
SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Jangan suka bertikam lidah, sebaliknya jadilah pendengar setia untuk pasangan. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan segala masalah.
* Sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling ingat mengingatkan, agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.
* Jangan memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari.
* Hadapi segala apa yg mendatang dengan tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dengan keceriaan.
# Namun catatan ini tidak lebih daripada suatu kebiasaan yang sering dilihat. Jadi, bagaimana pun posisi anda, hendaklah sentiasa berusaha yang terbaik. Juga jangan lupa bersyukur walau di mana posisi anda dalam keluarga agar tidak mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda. Dengan kata lain, apa yang dicatatkan hanyalah sebuah petunjuk, bukannya anak panah.
Rabu, 30 November 2011
Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang '
manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib
sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga
sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan
Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga
habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan
dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk
Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat
pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak
disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga
tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang
isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa
anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Dan juga tidak derhaka kepada suaminya..

Ovarian Cysts
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

*Kepada sesiapa yang ada ovari cyst try minum beauty umaira..InsyaAllah :)
Kita usaha yang menentukanNYA.
Selasa, 29 November 2011
Kawan,Teman & Sahabat
Kawan terlalu senang untuk ditemui..Kadang2 dalam masa seminit kita mampu mencarinya dan masa setengah saat,ia hilang saat kita memerlukannya.
Teman pula sukar dicari kerana dalam beratus2 kawan yang kita ada mungkin hanya ada seorang teman.
Manakala sahabat senang dimiliki andai seorang teman wujud di dalam hati kita..Sahabat adalah manusia yang istimewa dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya tapi sayang sesetengah sahabat tidak menjalankan tanggungjawab dengan sebaik2nya..Sebab itulah terjadinya masalah sosial yang semakin hari semakin parah..Sahabat adalah yang paling penting dalam hidup kita..Tanpa sahabat kita mungkin menjadi seseorang yang tidak tahu untuk menghargai sesuatu yang ada di depan mata..
Carilah sahabat dan bukannya kawan,sahabat akan sentiasa bersama kita ketika susah dan senang..Dia akan memandu kita ke jalan yang benar tapi kawan hanya untuk seronok dan bersikap sebaliknya..
*Amy ada beberapa orang sahabat..amy sayang dorang sangat..
Jumaat, 25 November 2011
:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::
Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Khamis, 24 November 2011
Jimat vs Boros
Perasan tak bila tiba je cukup bulan mesti dalam kepala ni fikir macam2 nak beli (amy pun selalu macam tu hik3)..Bila duit gaji dekat tangan wahhh bukan main boros,selagi tak habis duit selagi tu la berjalan sakan huhu..
Tengah bulan haha rasakan..tula bila awal bulan shopping sakan..haha..Pelikkan bila ada duit RM100 sehari pun boleh habiskan..Bila tak ada duit RM10 boleh jimat 2-3hari tau..Macam tak percaya je kan..Kita ni kadang2 lalai sangat..time ada duit suka boros2,waktu tak cukup duit baru ingat nak jimatkan..
*Sekarang tak nak fikir nak beli apa2 pun..nak jimat (kalau boleh huhu,InsyaAllah)
Tengah bulan haha rasakan..tula bila awal bulan shopping sakan..haha..Pelikkan bila ada duit RM100 sehari pun boleh habiskan..Bila tak ada duit RM10 boleh jimat 2-3hari tau..Macam tak percaya je kan..Kita ni kadang2 lalai sangat..time ada duit suka boros2,waktu tak cukup duit baru ingat nak jimatkan..
Kenapa macam tu sekali..Haish
Hari ni tak ada mood la..geram dengan seorang customer ni,keje dekat company besar tapi sayang tak ada adab terlalu kurang ajar..Cara percakapan kalah budak2..macam mana la dia boleh keje dekat company besar macam tu..Hairan sangat nih (sambil garu2 kepala,bukan ada kutu tau huhu)..
Kenapa la belajar pandai2 tapi tak ada adab? Kesian kat keluarga,hantar pergi belajar tapi masih tak pandai untuk menghormati orang..Kenapa macam tu sekali..
Siap hantar email pada HQ amy,complaint yang ktorg teruk sangat layan customer..Hello awak tu yang tak betul,jawab panggilan dengan teruk..tak jaga reputasi company langsung..company besar pasal awak sorang je busuk nama company tu..memang la customer ni ada tekanan perasaan..
*Kalau nak orang hormat kita,silalah hormat orang dulu ye..
Rabu, 23 November 2011
Yeah Makan2
Pic masa makan2 5/11/2011 sabtu aritu hihi,sambut ktorgnya birthday yg ke-22 |
Yeah ari isnin 28/11/2011 tempat kawan amy keje ada buat makan2..huhu tak sabarnya,amy ni makan free je mesti laju kan eee malunya (padahal memang muka tak malu pun hihi -.-) ..Kebetulan isnin ni cuti sempena Awal Muharram (1433 muharram1)..
Beshkan kalau dapat makan2 dengan kawan2 baik yang rapat,yang renggang..Selagi namanya kawan itulah yang membuatkan suasana jadi happening & pasti kecoh..Gelagat sorang2 haha tak boleh tahan..
Kadang2 tu bila berkumpul bukan kenyang dengan makanan,tapi dengan gelak tawa senda gurau..Balik umah je sakit tulang pipi akibat terlalu banyak ketawa..
*Tak sabar nak pergi makan2 isnin ni dengan kawan2ku selamanya..(tak overkan bila cakap cmni hik3 -.- )
Selasa, 22 November 2011
Tanda
Tanda merindu,hati manis bagai madu.
Tanda mencinta,hanya pada diri yang meminta.
Tanda membenci,jiwa jadi terkunci.
Tanda menanti,debar di dada tidak berhenti.
Tanda merayu,suara bertingkah bernada sayu.
Tanda mengalah,hati berhiba tanda bersalah.
Tanda menyesal,diri tak sudah membilang sesal.
* -.-
Isnin, 21 November 2011
Happy Anniversary yang ke-2
Hari ni 2nd Anniversary amy & wazi..Pejam celik,pejam celik dah 2tahun ktorg berkawan,bercinta,berkasih sayang..Syukur Alhamdulillah ya allah engkau kurniakan seorang yang menyayangi,mencintai dan menjaga diriku dengan penuh tanggungjawab..Biarlah ianya berkekalan hingga kami diikat dengan satu ikatan yang sah bergelar suami isteri..
InsyaAllah kami akan menjaga hubungan ini dengan sebaik yang mungkin..InsyaAllah jika dia memang diciptakan untuk amy,jodoh itu pasti ada..
Ameen
Segala kebahagiaan,kegembiraan,kesenangan semua diatur olehNYA..Kita hanya perlu berdoa,bersabar dan berusaha supaya ianya menjadi apa yang kita ingin..
Jumaat, 18 November 2011
Berkata Tentang Manusia
Kadang kala bercakap tentang makhluk digelar manusia ini memang menarik, ada keadaan kita bahagia dan ada ketika kita benci dengan apa yang kita katakan tentangnya. Ada situasi dimana makhluk bernama manusia ini, menjadikan hidup kita penuh warna-warni dan ada saat makhluk ini juga menukar kehidupan kita seperti neraka.
Semuanya nampak pura-pura,tidak tulen dan tidak asli..Bila lihat dari mata sebenar..Senyum itu nampak palsu,pandangan mata juga kelihatan menipu..Gerak badan juga jelas nampak kekoknya tutur kata juga kedengaran mengampu..
Bagaimana manusia berpura-pura dalam kepura-puraan?
*Lihatlah sekeliling anda,banyak :)
Selasa, 15 November 2011
Jumaat, 11 November 2011
Rabu, 9 November 2011
Happy Birthday Syg & Alhamdulillah
Semalam birthday wazi..semalam juga amy pergi ppum buat check up..Kegembiraan ini untuk kami..Bila doc buat ultrasound,benda tu dah kecil..Ya Allah bersyukur sangat..Terima kasih Ya Allah beri hadiah paling bermakna untuk amy & wazi..Terkejut sangat bila doc bagitau benda tu dah kecil..Tersenyum kegirangan -.- ...
Kalau kita ditimpa sesuatu musibah haruslah bersyukur,sebab Tuhan sayangkan kita..
Kalau kita ditimpa sesuatu musibah haruslah bersyukur,sebab Tuhan sayangkan kita..
Jumaat, 4 November 2011
3 kesalahan sering wanita lakukan apabila lelaki menipu
Apabila menyebut mengenai penipuan, ia lebih sinonim dengan nama lelaki. Fakta ini sememangnya tidak dapat dinafikan kerana sememangnya peratus lelaki menipu adalah lebih tinggi daripada wanita. Tetapi, ingin diingatkan bahawa bukan semua lelaki jenis suka yang menipu dan bukan semua lelaki mempunyai sikap yang sama. Ia terpulang kepada individu itu sendiri.
Terlalu melakukan siasatan- Kesalahan pertama yang wanita lakukan apabila merasakan pasangan lelaki mereka menipu adalah terlalu obses untuk melakukan siasatan. Anda sepatutnya tidak perlu terlalu paranaoid untuk melakukannya kerana anda hanya kelihatan seperti orang gila. Adalah lebih baik anda bertenang kerana kebenaran pasti akan menjadi milik anda.
Menyalahkan wanita lain- Apabila pasangan lelaki anda menipu, anda tidak perlu untuk menyalahkan wanita lain. Orang yang patut dipersalahkan adalah pasangan anda sendiri. Penipuan tidak akan berlaku sekiranya pasangan bersikap jujur terhadap anda.
Mudah menerima pujukan- Ini juga merupakan salah satu faktor mengapa anda ditipu berkali-kali. Penipuan adalah merupakan satu sikap atau tabiat yang sukar untuk dibuang. Sekiranya anda dengan begitu mudah untuk menerima pujukan, pasti pengorbanan yang anda lakukan langsung tidak akan dihargai.
8 rahsia mengenai wanita dan perhubungan
Kajiselidik ini telah dilakukana oleh Askmen.com terhadap 13,000 orang wanita dan keputusannya akan dinyatakan sebentar lagi. Wanita sememangnya merupakan makhluk paling kompleks yang sukar untuk difahami. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran, anda pasti akan berjaya untuk memahami mereka. Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan, fakta mengenai wanita dan perhubungan adalah..
(1) Keluar bersama (dating)- 33% orang wanita mengharapkan lelaki membayar untuk kesemua kos apabila mereka meluangkan masa bersama. Tetapi peratus wanita yang lebih memahami adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 38% menyatakan bahawa mereka berasa lebih adil sekiranya ia dikongsi samarata iaitu 50-50.
(2) Facebook- 38% orang wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah sekiranya teman lelaki/suami mereka berkawan dengan bekas kekasih di facebook, 27% pula menyatakan bahawa mereka tidak kisah walaupun teman lelaki/suami mereka bertemu dengan bekas kekasih, dan 34% menyatakan mereka tidak suka walaupun sedikit perhubungan.
(3) Cinta jarak jauh- 31% orang wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah untuk perhubungan jarak jauh. Tetapi 56% orang wanita pula menyatakan bahawa mereka tidak sukakan perhubungan jarak jauh dan lebih suka untuk meluangkan masa bersama pasangan.
(4) Pendapatan- 12% wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah sekiranya pendapatan lelaki adalah lebih sedikit, tetapi 47% wanita menyatakan mereka tidak sukakan situasi ini. Mereka lebih selesa untuk memilih lelaki yang setanding atau mempunyai lebih banyak wang dari mereka.
(5) Masalah mengenai lelaki- 11% orang wanita menyatakan bahawa mereka terpaksa menghadapi masalah lelaki yang pemalas dan tidak bercita-cita tinggi.
(6) Kecurangan- 44% wanita menyatakan bahawa mereka akan memberi peluang kepada pasangan yang telah melakukan kecurangan dibelakang mereka, dan 17% pula menyatakan bahawa mereka tidak akan memberi peluang sekali lagi.
(7) Anak- 63% wanita mengambil berat mengenai jumlah anak, kebanyakan lebih selesa untuk memiliki kurang daripada 5 orang, manakala 21% pula menyatakan bahawa mereka tidak kisah dengan jumlah anak.
(8) Seksualiti- 18% menyatakan bahawa mereka telah menyembunyikan ketidakpuasan seks terhadap suami mereka, tetapi 63% menyatakan bahawa mereka suka berbincang mengenai kepuasan seks bersama suami.
3 cara untuk memahami mood lelaki
Jika wanita sememangnya sudah terkenal dengan waktu dimana mereka akan cepat marah, tidak ceria, dan mood tidak baik terutamanya ketika mereka datang bulan (haid), lelaki juga mempunyai masa yang sesuai yang perlu difahami. Faktor ini disebabkan oleh pengaruh hormon yang akan mempengaruhi emosi seseorang tanpa kita sendiri sedari. Jadi apakah cara terbaik untuk memahami mood lelaki?
Sekiranya anda ingin mengajak mereka berjalan atau membantu menyelesaikan sesuatu tugas, minta bantuan mereka antara pukul 9-12 pagi- Lelaki yang baru sahaja bangun tidur akan dipengaruhi oleh hormon testosteron, yang akan membuatkan mereka berasa aktif. Hormon ini akan membantu menaikkan semangat mereka untuk menjadi hero pada anda. Sekiranya anda ingin meminta bantuan mereka untuk mengubah almari baju, sofa atau barangan berat yang lain, dinasihatkan meminta bantuan pada waktu ini.
Sekiranya anda inginkan mereka bersetuju dengan cadangan anda, nyatakan cadangan anda antara pukul 3-4 petang- Mungkin anda mempunyai cadangan untuk melakukan sesuatu, sebagai contoh destinasi percutian atau sebagainya. Nyatakan cadangan anda pada waktu ini. Ia kerana pada waktu ini kandungan hormon testosteron yang ada dalam tubuh lelaki berada dalam keadaan yang rendah. Ini akan membuatkan pemikiran mereka menjadi lebih matang dan peratusan cadangan anda untuk diterima adalah amat tinggi.
Sekiranya anda ingin berbincang atau luahkan mengenai sesuatu isu yang sensitif, lakukannya antara jam 8-10 malam- Pada waktu ini pula, hormon oxytoxin akan memenuhi tubuh seseorang lelaki dan akan membantu mereka untuk berasa segar dan menenangkan. Mungkin ada sesetengah perkara yang anda tidak bersetuju terhadap mereka dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah melalui perbincangan. Sekiranya anda berbincang pada waktu ini, kebiasaannya lelaki akan lebih bersikap terbuka dan lebih memahami.
5 petunjuk adakah anda sudah berjumpa pasangan yang bersesuaian
Persamaan- Pasti setiap pasangan merasakan mereka adalah pasangan yang sesuai kerana memiliki persamaan yang terlalu banyak. Tidak kiralah samaada persamaan itu terhadap cara hidup, perbelanjaan, pemikiran atau sebagainya. Tetapi menurut kajian daripada Sam R. Hamburg, Ph.D., penulis Will Our Love Last?, sekiranya terdapat banyak ketidaksamaan/kontra antara sesebuah pasangan itu adalah lebih baik kerana ia merupakan fitrah manusia yang saling melengkapi. Tetapi kajian ini tiada bukti yang kukuh dan ini hanyalah rumusan yang dibuat oleh beliau.
Kami- Seorang pasangan yang sesuai juga selalu menggunakan istilah “kami”. Istilah kami yang dimaksudkan adalah mengenai perkongsian masalah, kegembiraan, kesedihan dan sebagainya bersama pasangan. Sekiranya salah seorang daripada pasangan masih memikirkan mengenai kepentingan peribadi atau kehidupan secara individu, berkemungkinan mereka belum sesuai untuk hidup berpasangan. Tetapi mungkin tidak kesemua isu perlu diberitahu kepada pasangan. Sekiranya sesuatu isu itu akan menambahkan lagi masalah dalam perhubungan, eloklah dirahsiakan. Ianya bergantung terhadap pemikiran, perwatakan, sikap dan cara seseorang dalam mengendalikan masalah.
Masalah- Setiap pasangan pasti akan dilanda masalah. Mungkin akan menyebabkan mereka bergaduh dan sebagainya. Apa yang ingin disampaikan bukanlah mengenai masalah. Tetapi cara kepada penyelesaian masalah itu. Adakah sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu bersama pasangan. Masa untuk menyelesaikan sesuatu masalah tidak lah berapa penting kerana ianya bergantung terhadap keseriusan sesuatu masalah, cara mengendalikannya dan sebagainya. Tetapi sekiranya dirasakan terlalu sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana tiada kerjasama di antara kedua-dua belah pihak, mungkin mereka merupakan pasangan yang tidak sesuai.
Keluarga- Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa samaada keluarga suka atau tidak adalah tidak penting, asalkan mereka saling menyayangi. Ianya mungkin benar dan mungkin salah kerana tiada bukti kukuh menyatakan bahawa setiap pasangan yang di halang keluarga akan hidup tidak bahagia, atau setiap pasangan yang direstui akan hidup bahagia. Ianya bergantung kepada diri masing-masing. Tetapi apa yang penting adalah usaha untuk memikat hati keluarga masing-masing. Sekiranya hanya dibiarkan dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kepada keluarga bahawa mereka sudah betul-betul bersedia untuk menjadi pasangan, itu salah satu petunjuk bahawa mereka masih bersikap mementingkan diri sendiri/individu.
Perbincangan- Pasangan yang sesuai amat sukakan perbincangan. Ini adalah kerana ianya cara tebaik untuk mencapai sesuatu keputusan tanpa berat sebelah. Sesuatu keputusan yang berat sebelah akan menimbulkan pelbagai masalah dan ianya merupakan petunjuk awal bahawa seseorang itu tidak menghargai dalam kehidupan berpasangan. Tolak ansur juga amat diutamakan dalam perbincangan. Sekiranya hanya berbincang tetapi amat sukar untuk mendapat keputusan bersama, ia mungkin juga menunjukkan anda pasangan yang tidak bersesuaian. Cara komunikasi dalam perbincangan adalah amat penting dan ianya haruslah tidak untuk bersifat peribadi.
7 langkah untuk merancang perbelanjaan keluarga
Untuk kehidupan bujang, membuat anggaran perbelanjaan adalah lebih mudah. Mereka lebih bijak untuk menguruskan wang yang bakal masuk dan mengesan perbelanjaan yang telah dilakukan. Ini kerana mereka hanya perlu memenuhi keinginan mereka sahaja. Tetapi merancang untuk keluarga adalah lebih sukar. Ianya disebabkan oleh pertambahan jumlah orang yang perlu diuruskan. Pada kebiasaannya, keluarga mempunyai beberapa punca sumber pendapatan terutama daripada suami atau isteri. Dan sekiranya salah seorang daripada pasangan ada yang boros, akan timbulnya kekeliruan atau kesukaran untuk merancang perbelanjaan keluarga. Ini merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan perancangan perbelanjaan keluarga tidak berhasil. Walaubagaimanapun, mempunyai perancangan perbelanjaan dan berjaya mengikut perancangan yang telah ditetapkan adalah amat penting untuk mengukuhkan kewangan jangka masa panjang sesebuah keluarga itu. Merancang perbelanjaan keluarga mungkin agak sukar, tetapi ianya bukanlah satu perkara yang mustahi. Di bawah adalah 7 langkah yang mungkin dapat membantu anda untuk membuat perancangan yang lebih baik.
Catatkan jumlah sebenar pendapatan. Sekiranya pendapatan tidak konsisten untuk setiap bulan, dapatkan purata pendapatan untuk sebulan. Perancangan haruslah berdasarkan pendapatan purata dan bukannya pendapatan semasa.
Jejak semua perbelanjaan setiap hari untuk sumber rujukan anda pada hujung bulan. Simpan semua resit perbelanjaan yang telah dilakukan untuk memudahkan anda mengesan aliran wang keluar yang telah dilakukan.
Catat jumlah perbelanjaan yang wajib dibayar oleh anda setiap bulan. Ianya adalah seperti bayaran kereta, rumah, bil api/air dan lain-lain. Asingkan perbelanjaan yang wajib dibayar terlebih dahulu untuk mengelakkan anda terguna untuk kegunaan lain.
Untuk melakukan perancangan perbelanjaan yang lebih tepat, dapatkan pandangan daripada ahli keluarga mengenai keperluan mereka. Setiap orang di dalam ahli keluarga pasti mempunyai keperluan yang berlainan. Berbincang dan berusaha untuk mencari jalan terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan yang dirasakan tidak perlu.
Setiap orang didalam ahli keluarga juga perlu diasuh untuk belajar berjimat. Ini kerana masing-masing mempunyai peranan untuk membantu terhadap kejayaan sesebuah perancangan perbelanjaan yang telah dilakukan. Sebagai contoh, asuh anak untuk lebih berjimat terhadap penggunaan tenaga elektrik, air dan sebagainya.
Anggarkan berapa banyak yang keluarga anda mampu jimat untuk perbelanjaan rutin. Berkemungkinan ada sesetengah perbelanjaan rutin tidaklah terlalu penting dan ia seharusnya dikeluarkan daripada senarai perbelanjaan. Anda perlu lebih bijak untuk membezakan antara barangan keperluan atau keinginan.
Sekiranya anda masih menglami kesukaran untuk membuat simpanan, ulang langkah ini semula dan lakukan perancangan yang lebih terperinci. Cuba ubah strategi yang anda lakukan sebelum ini tetapi objektifnya tetap sama.
* Peringatan untuk diri sendiri walaupun amy belum bekeluarga :)
3 persediaan perkahwinan yang perlu difikirkan
Memutuskan untuk berkahwin adalah merupakan satu perkara serius yang tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana perkahwinan adalah merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua-dua belah pihak. Anda seharusnya melakukan persediaan yang cukup sebelum menempuhi gerbang perkahwinan. Antara persediaan utama yang perlu difikirkan adalah..
(1) Kewangan- Mungkin ramai yang bersetuju bahawa kewangan tidak mampu membeli kebahagiaan. Ia sememangnya tepat, tetapi kepentingan wang didalam perhubungan tidak boleh dinafikan. Anda seharusnya sudah mempunyai perancangan kewangan sebelum menempuh alam perkahwinan. Persediaan ini amat penting untuk mengelakkan anda daripada mempunyai krisis kewangan yang mungkin akan menimbulkan konflik antara pasangan.
(2) Mental dan fizikal- Anda harus mempunyai persedian mental dan fizikal yang cukup sebelum menempuhi alam perkahwinan. Ini adalah kerana kehidupan kekeluargaan adalah satu perkara yang mencabar. Apabila anda melakukan sesuatu, anda tidak boleh memikirkan mengenai diri anda sahaja, sebaliknya anda perlu turut memikirkan mengenai ahli keluarga yang lain. Ia juga bermakna tanggungjawab anda semakin bertambah.
(3) Perancangan selepas berkahwin- Sebelum perkahwinan, anda sudah perlu anda perancangan untuk apa yang perlu dilakukan apabila anda sudah berkahwin. Persediaan ini adalah untuk mengelakkan daripada objektif perkahwinan tersasar. Sebagai contoh, mungkin anda merancang selepas berkahwin anda perlu bekerja lebih keras untuk menyara keluarga atau sebagainya.
Langgan:
Catatan (Atom)