Sabtu, 31 Disember 2011

Welcome 2012

 
Selamat tinggal 2011. Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal episod duka. Selamat tinggal kegembiraan. Selamat tinggal zaman bersuka ria. Selamat tinggal semua. Selamat tinggal.

Selamat datang 2012. Selamat datang medan pertempuran. Selamat datang hidup baru. Selamat datang kawan baru. Selamat datang dunia baru.

Moga 2012, bersikap lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Lebih rajin and segalanya. Insyallah dan paling penting lebih dekat dengan maha pencipta yang tak pernah lupa kepada hambaNYA.


*Doakan amy ye..Amy akan doakan kebahagiaan korang semua :)

Jumaat, 30 Disember 2011

Cintamu Adalah Takdir Ku – Teuku Wisnu feat Indah Dewi Pertiwi

demi tuhan hatiku
langsung jadi milikmu
pertama ku bertemu
sungguh mati cintaku
sudah inginkah kamu
menjadi kekasihku
untukku saja


cintaku adalah takdirmu
temanimu selama hidupku
aku yang paling mampu
selamanya di sisimu sampai aku mati


cintamu adalah takdirku
temanimu selama hidupku
kamu yang paling bisa
selamanya cintaiku sampai aku mati


cintaku adalah takdirmu
untuk selamanya
cintaku adalah takdirmu
cintaku adalah takdirmu
temanimu selama hidupku
cintamu adalah takdirku


Pasto- Jujur Aku Tak Sanggup (Tentang Dhia)

Oh ini kisah sedihku
Ku meninggalkan dia
Betapa bodohnya aku
Dan kini aku menyesal
Melepas keindahan
Dan itu kamu


reff:
Tuhan tolonglah aku

Kembalikan dia
Ke dalam pelukku
Karena ku tak bisa
Mengganti dirinya
Ku akui jujur aku tak sanggup
sungguh aku tak bisa


Dan tlah ku jalani semua

Cinta selain kamu
Tapi tak ada yang sama
 
Beribu cara kutempuh
Tuk melupakan kamu
Tapi tak mampu


reff
oooo, sungguh aku tak bisa
jujur aku tak sanggup
sungguh aku tak bisa

Dia Untukku - Ady Putra (Tentang Dhia)

Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantungku mula jiwaku
Merelakan diriku menjadi milikkmu
Itu yang ku mahu
Itu yang ku mahu…cintamu


Sinar mentari pasti
Menyinar rahsia sunyi
Biarlah ku bermimpi
Terlena dibuai sepi


Dhia yang aku cinta
Selama ini kuharapkan
Cuba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai


Dhia yang aku cinta
Selama ini kuharapkan
Cuba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai


*Sedap lagu ni :)

Tentang Dhia


Sinopsis cerita Tentang Dhia:


Bermula kisah sedih c
inta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.


Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang  anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.



Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.



Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi  dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.



Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.



Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,
Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.


Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian  kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia.
Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).


Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak? Ok sama sama nantikan drama
Akasia Tentang Dhia , ( 28 episod 30 episod agaknya)di TV3 jam 7 malam.

Last episod 29hb Disember .

Ok sudah dapat episod akhir Tentang Dhia
Dhia dipanggil berjumpa Ku Mariam, di hadapan Zikir, Ku Salmi dan Zetty, Ku Mariam bertanya dan meminta Dhia memilih, samada ingin di ceraikan atau di madu, setelah dia gagal memberikan zuriat kepada Zikir.
Apabila Dhia sedar Zikir yang tidak mengindahkannya, Dhia tawakal, bersetuju untuk di madukan.
Zikir tergamam dengan keputusan Dhia. Manakala Ku Salmi senyuman puas. Akhirnya dia dapat memporak porandakan rumahtangga Dhia. Niat untuk kahwinkan Zikri dengan Rose hampir tercapai.

Azmi dan Raffi sangat marah apabila mengetahui yang Dhia akan di madukan. Mereka bertindak untuk menyerang Zikir dan keluarganya.
Zikir mula bertanya pada Dhia, apakah rahsia yang selama ini terpendam, mula lah timbul cerita, bila Zikir mengetahui yang Ku Salmi mengunakan khidmat bomoh.
Azmi, Raffi, Melly muncul di rumah Dhia. Mereka bertengkar dan marah2.
Zikir enggan berkahwin dengan Rose. Ku Salmi menguggut tak nak mengaku Zikir anaknya, dalam keadaan kalut dan tegang,  Dhia muncul dan  merelakan Zikir berkawin lagi kerana dia tidak dapat hidup lama
.

*Yang buat amy sedih sangat,dhia sanggup simpan rahim dia walaupun kanser tu membahayakan..tapi demi untuk melahirkan zuriat zikir..Akhirnya dia yang menderita..Tabah betul dhia..Masa rose datang tolak dhia,keluar darah..kesian dhia..

Kata2 dhia kepada zikir,sumpah dhia tak ada orang lain selain abg,hanya abg dalam hati dhia..Dhia nak abg bahagia,dhia tak kisah orang tak suka dhia asalkan abg mencintai dhia..

Amy sedih sangat waktu dhia masuk wad,dhia cakap dia tahu siapa yang lebih sayangkan dhi..Allah..Zikir bagitahu zikir pun mencintai dhia,dhia cakap cintailah Allah.

Dhia menghembuskan nafas terakhir,zikir baring sebelah jasad dhia,peluk & kucup dahi dhia..
Zikir pun meninggal disebelah jasad dhia..
(alangkah indah kalau dalam kehidupan kita dapat macam ni)

Jumaat, 23 Disember 2011

Berjimat

Lama tak menaip kat sini..tengah buat bajet untuk diri sendiri..Next Year banyak sangat plan untuk diri ni (-.-)..Mulai saat ini hari ini memang nekad kena jugak berjimat seketat2nya huhu..Pagi2 tak boleh beli air lagi,now minum ribena je tau amy hahah (Macam budak kecik je kan) tak kisah la apa korang nak cakap janji $$$ jimat huhu.

Banyak plan untuk tahun depan,tapi bukan plan nak kawen tau..Gembiranya yeaayyyy..

*Bersyukur sangat..Alhamdulillah

Jumaat, 16 Disember 2011

Empat Golongan Lelaki Yang Dibawa Wanita ke Neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel bicara agama ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul! Jika tidak, kaum wanita dari keluarga kamu akan menarik kamu masuk ke dalam api neraka yang panas mendidih.

1. Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. Ayah sebagai pelindung utama anak perempuannya. Segala dosa besar atau kecil anak perempuannya akan ditanggung hinggalah anak perempuannya dinikahi oleh suami.


2. Suaminya


Suami bila dah berkahwin, sangat besar tanggungjawabnya. Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya di mana-mana. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka. Ini dipanggil dayus iaitu tidak marah atau cemburu apabila isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain.


3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak. Maka, sebagai abang, korang wajib untuk membantu mempercepatkan pernikahan adik perempuan korang. Bantu mereka cari calon yang terbaik yang boleh membawanya ke syurga.


4. Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Memang fitrah wanita suka mengumpat. Kita sebagai anak wajib ingat memperingati antara satu sama lain.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.


Firman Allah SWT:-


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Jumaat, 9 Disember 2011

Blackberry boleh letak 2simcard?

Blackberry boleh letak 2simcard?

Fuhh penat & lenguh2 badanku huhu..Biasa la pekerja cemerlang hahah (konon2 tapi hampeh kiki)..Pagi tadi lepas breakfast macam biasa buat keje,sambil mulut ni duk menyembang..Kawan kat sebelah pun tanya handphone apa yang boleh masuk 2simcard..

Amy dengan selamba cakap,jap eh nak buat keje jap..Jap lagi kita sembang k..Tiba2 dengar lak suara seorang ni dengan confident bagi tau handphone Blackberry boleh masuk 2simcard..Amy pun tengok la muka dia,tak bersalah je muka dia cakap handphone tu boleh masukkan 2simcard..

Setahu amy la Blackberry mana boleh masukkan 2 simcard (tapi tak tahu la kalo dah update yang lates)..Yang boleh masuk 2simcard tak silap & kalo tak salah la handphone dari china je..

Pastu boleh plak dia sambung cerita anak dia pakai handphone itu ini lah..Amy & kawan memang dah tak boleh tahan nak gelak dah..Gelak je la..

*Kok ye pun nak menunjuk,fikir2 dulu la..Kalau betul tak pe..Kan dah malu sendiri..
(Jangan suka menipu,kan dah terkantoi )

82 RAHSIA TAHI LALAT

1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

#cari tahi lalat anda jika anda ingin tahu :)

Rabu, 7 Disember 2011

TAPI

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.
2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.
3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome.
4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak cantik.
5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.
6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain tak sembahyang.
7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.
8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.
4. Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain.
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain....^__^

Khamis, 1 Disember 2011

12 PESANAN YANG SERING DIBERITAHU OLEH IBU


1. Berbuat baiklah kepada semua orang. Kerana kehidupan amat sukar untuk dijangkakan. Jangan sesekali membenci seseorang kerana dikhuatiri kita memerlukan pertolongannya nanti.

2. Kepada anak perempuanku, apabila sudah besar, jangan sesekali memberikan semuanya kepada lelaki. Jagalah maruah dan kesucian dirimu.

3. Kehidupan tidak semudah yang difikirkan. Seseorang tidak akan pernah puas di dalam kehidupannya dan berusahalah sebaik mungkin untuk mencapai apa yang diinginkan.

4. Didalam kehidupan janganlah sukar untuk memberikan pertolongan. Cuba lakukan apa yang kamu mampu, untuk siapa kamu rasakan perlu, dengan apa yang kamu miliki, dan di mana kamu berada.

5. Elakkanlah berkawan dengan orang-orang yang cuba mengajak kamu melakukan kejahatan. Jadilah diri kamu yang sebenar. Jangan biarkan orang luar untuk mempengaruhi keputusan dalam kehidupan kamu.

6. Jika ibu marah bukan bermakna ibu benci. Tetapi kerana ibu tidak pernah cukup untuk menyayangi dirimu. Ibu akan menyayangi dirimu sepanjang hayat.

7. Tidak kira bagaimana keadaan kewangan kamu nanti, jangan sesekali memenuhi segala kehendak anak. Kerana ia bukanlah satu cara untuk membentuk perwatakan yang baik, latih anak supaya berusaha untuk mendapat apa yang mereka mahukan.

8. Penuhikanlah dada kamu dengan ilmu sebagai bekalan untuk menghadapi kehidupan.

9. Tidak kira bagaimana ujian yang bakal kamu tempuhi nanti dalam memperlajari makna sebenar kehidupan, hadapilah ia dengan tenang.

10. Ibu akan sentiasa bersamamu tidak kira ketika kamu sakit, susah, tua, miskin dan sebagainya.

11. Hadiah paling bernilai yang mampu ibu berikan adalah kasih sayang ibu dan ayah kepadamu.

12. Setiap kesulitan yang kamu hadapi pasti ada sinar cahaya di hujungnya. Asalkan kamu tidak pernah untuk berputus asa.