Khamis, 25 Ogos 2011

Kelebihan Solat Tarawih

Sabda Rasulullah s.a.w,"Barangsiapa yang dapat sembahyang satu rakaat bersama-sama imam,sesungguhnya ia mendapat pahala berganda dan berjumlah seluruhnya." (Sahih Muslim)

*MALAM PERTAMA: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan mendapat keampunan dari Allah.

*MALAM KEDUA: Diampunkan dosa-dosa orang mukmim yang sembahyang Tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).

*MALAM KETIGA: Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang Tarawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
*MALAM KEEMPAT: Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,Injil,Zabur dan Al-Quran.

*MALAM KELIMA: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram,Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.
*MALAM KEENAM: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang Tarawih pada malam ini.

*MALAM KETUJUH: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi a.s menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
*MALAM KELAPAN: Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang sembahyang Tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

*MALAM KESEMBILAN: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
*MALAM KESEPULUH: Allah S.W.T mengurniakan kepada hambanya kebaikan di dunia dan akhirat.

*MALAM KESEBELAS: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan. Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadat).
*MALAM KEDUA BELAS: Datang ia pada hari kiamat dengan muka bercahaya (cahaya ibadat).

*MALAM KETIGA BELAS: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa  daripada tia-tiap kejahatan dan keburukan.

*MALAM KEEMPAT BELAS: Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang Tarawih serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
*MALAM KELIMA BELAS: Semua malaikat yang menanggung Arasy,Kursi berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

*MALAM KEENAM BELAS: Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
*MALAM KETUJUH BELAS: Allah kurniakan orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

*MALAM KELAPAN BELAS: Seru Malaikat:"Hai,hamba Allah!. Sesungguhnya Allah telah reda kepada engkau dan ibu bapa engkau yang masih hidup ataupun mati."
*MALAM KESEMBILAN BELAS: Allah S.W.T. tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

*MALAM KEDUA PULUH: Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang yang solihin.
*MALAM KEDUA PULUH SATU: Allah S.W.T. binakan sebuah sebuah istana di dalam Syurga daripada Nur.

*MALAM KEDUA PULUH DUA: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaaan huru-hara di Padang Masyar).
*MALAM KEDUA PULUH TIGA: Allah S.W.T. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.

*MALAM KEDUA PULUH EMPAT: Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika bersujud).
*MALAM KEDUA PULUH LIMA: Allah S.W.T. angkatkan daripadanya seksa kubur.

*MALAM KEDUA PULUH ENAM: Allah S.W.T. kurkiankan orang yang bertarawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

*MALAM KEDUA PULUH TUJUH: Allah S.W.T kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar.
* MALAM KEDUA PULUH LAPAN: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.

*MALAM KEDUA PULUH SEMBILAN: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji mabrur.

*MALAM KETIGA PULUH: Allah S.W.T. beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,lalu berfirman: "Hai hambaku,makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada syurga yang bernama Salsabila,serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar".

Rabu, 24 Ogos 2011

::Lelaki Ucap MAAF buat jantung perempuan sihat::

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Para Suami Budiman : Sila Baca Ini.........

السلام عليكم و رحمة الله

Panduan kepada insan bergelar suami termasuk lah diri ni…. Semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab selayaknya sebagai seorang suami. Ingatlah… tanggungjawab suami merupakan hak isteri dan begitulah sebaliknya. Usah mendabik dada menyalahkan isteri andai kita sendiri belum melaksanakan tanggungjawab terhadap mereka. Moga ada manfaatnya untuk diri ini dan sahabat-sahabat sekalian..InsyaAllah.
 
Peringatan untuk si suami :

"Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai."

"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

"Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. suami yang matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"

"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan"

"Janganlan suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak- budakkan isteri"

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya"

"Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"

"Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar, kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"

"Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan"

"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup merekaseperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan"

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya" .

"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".

"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."

"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."

"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"

"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"

"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

"Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji jika tidak bersedia menepatinya" .

"Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu bersana beri perhatian sewajarnya".

"Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara, ia barat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri".

"Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijaklah memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka".
















Selasa, 23 Ogos 2011

Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati?

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun facebook kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

renung-renungkan da selamat beramal :) 
 
 
*Peringatan untuk diri amy sendiri

Wanita cantik ialah

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa dan & pengharapan Illahi...

semoga kita semua menjadi wanita cantik di mata Allah :)... amin..

Isnin, 22 Ogos 2011

Hari ni bersemangat la pulak

Hari ni bersemangat la plak buat keje,selalu hari isnin je malas sangat huhu..Tiba2 lak rasa gembira & tenang je..haish kenapa lak ni kan..owh patut la bersemangat datang keje,pakai baju baru arini huhu (walaupun murah,ko ado) semalam jalan2 kat Times Square je..tak de shopping sakan pun,tak semangat untuk raya tahun ni..

Semalam hujan plak masa g Times Square,naik motor abes basah tapi mujur sikit je..Kete kat bengkel (ingat si dia takde kereta ke hah) apa2 pun gembira sangat semalam..

Arini yeay dapat berbuka dekat Mek Lucky Garden.


* Berbuka bersama yang tersayang En Wazi.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Raya Ke?

Raya tahun ni rasa macam tak bersemangat je,yela arwah tok dah tak ada..kalau tak setiap tahun mesti tok akan buatkan ketupat daun palas..Ntah macam mana suasana hari raya tahun ni,tak dapat nak bayangkan hurm..

Wan plak lepas raya nak kena masuk wad,lagi la tak seronok langsung raya ni..
Amy pun tak berapa sihat,rasa macam tak seronok je nak beraya..nak beli baju raya pun malas..pakai je yang mana ada..amy cuma nak dahulukan baju adik2,adik2 amy happy..amy pun turut happy..

Raya ke-3 InsyaAllah akan pergi ke Alor Setar,Kedah..Kenduri kakak wazi..
Excited & segan nak jumpa famili wazi,harap semua berjalan dengan lancar..

Mood : Tak ada mood nak beraya ;(

* Tahniah kepada Abg nizam & k.ez yang akan melangsungkan pertunangan tahun ni.

Orang "Biadab" patut di reject terlebih awal

Aku memang benggang kalau orang yang tak beradab dalam erti kasar "biadab"..Lagi2 orang tu nak jadi famili aku..dasar budak tak pandai beradab,terlalu "biadab"..jangan harap aku nak bagi kau masuk dalam famili aku k..walau apa pun,selagi kau tak pandai nak hormat orang..

Ex adik aku dulu tak pernah pun "biadab" macam kau,walaupun dia kutu berahak..tu yang aku respect dekat ex adik aku..kau dah la tak pandai bergurau,"biadab" plak tu nampak sangat kau tu tak matang..ada aku kisah kau tu kaya ke apa ke..kaya harta benda tapi kurang didikan buat pe..belajar tinggi2 pun tak guna kalau tak pandai hormat orang..

Pepatah ada mengatakan biar buruk rupa,jangan buruk adab..kalau rupa & adab pun buruk..bertambah buruk la kedua2nya.. 

Jadi lu pikir la sendiri..


Moral : Jangan "biadab" dengan orang lagi2 orang tu bakal kakak/abang/adik ipar korang..
             Kalau itu terjadi,habislah susah untuk 'tempat' dalam famili tu..Renungkanlah (><)

Jumaat, 19 Ogos 2011

Cash Only ....


Andai Dia Pergi Dulu Sebelum Mu........

Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi... samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu... sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian - ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan. 

Seorang isteri yang kematian suami... ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan - anak-anak, cita-cita dan harapan - tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.

Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu... tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah... insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah!
Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian... ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.
Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan... lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari... menyendiri.

Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira'. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) - qum faanzir - bangun dan serulah! Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.

Namun tidak lama, di tahun dukacita itu... Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan - pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi. Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita... Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula pergi. Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.

Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.
Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum... Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini! 

Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.
Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat... kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak... baginda pula yang akan pergi. 

Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, "rafiqil a'la. rafiqil a'la... teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). " Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah... untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!

Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan...yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang daif ini cuma mampu menghadiahkan satu tulisan yang telah ku muatkan dalam bukuku ‘DI MANA DIA DI HATIKU" - tajuknya:
ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU... 

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya... kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?
Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala... yang mengalir selamanya..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi - tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah... diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi... tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah "pemutus" segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah... Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!

Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.
Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan... ketika itulah baginda menyebut, "rafiqil a'la, rafiqil a'la - teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!"

Dalam "kamus" kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah - cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa. 

Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita... umat yang akan ditinggalkannya.

Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:
"Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: "Mengapa engkau kerjakan?" Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: "Mengapa engkau tidak kerjakan?" Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: "Mengapa ada pula barang ini?" Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:"Alangkah baiknya kalau barang itu ada." Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: "Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!"

Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat - ana abdullahi walan yudhi'ani - aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!"

Khamis, 18 Ogos 2011

Berbuka bersama BFF

Semalam 17/8/2011 rabu cuti Nuzul Quran,jadi kami sepakat untuk buka puasa bersama sangat seronok berbuka bersama bff dekat Restoran Jemari tersangatlah happening,semua ada Nyah,Ienas,Ayu,Ellham,Annis Nasib & Hatiqah Bakar (walaupun amy dgn die dah lama tak bertegur dr 2003-2011 lama kan?,bln2 puasa ni amy lembutkan hati bermaafan dgn die,peace no wars)

Ktorg kalo dah berkumpul memang riuh,dalam Restoran Jemari tu group ktorg la paling riuh rendah..Happy sgt semalam dpt kumpul ramai2,yela skrg semua bz dgn life masing2..time2 cmni la br dapat berkumpul.

Ellham & Annis memang pandai meriuhkan suasana..
Harap next time dapat berkumpul lagi cmni (><)


* Tahniah kepada Ayu yg akan bertunang dgn Mr Dark pada 10/9/2011 sabtu

Selasa, 16 Ogos 2011

Luahan Rasa Tanpa Perasa

Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta.

Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru.


Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka. Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum.


Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.


Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.


Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar, melihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan, mengerti, merasakan dan bertahan.


Lebih berbahaya menitiskan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.



"There's a lesson i want you to learn..If you're gonna play with fire then you're gonna get burned.."

Sabtu, 13 Ogos 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi..
Semalam pi ppum,alhamdulillah doc bagitau tak ada apa2 yg perlu dibimbangkan,itu hanyalah darah beku bukan kanser..Bersyukur sangat2..Cian dekat wazi selalu temankan amy dan inginkan yang terbaik untuk amy..Walaupun dia tak cukup tido dan tak cukup rehat,semangat dia memang amy hargai sangat..Thanks syg memahami situasi amy..Luv u so much

Khamis, 11 Ogos 2011

Andaiku Pergi

Hatiku tiba-tiba terasa sayu
Merenung jalur2 kehidupan
Adakah jalan laluanku masih jauh atau sebaliknya
Bagaimanakah rupa laluanku nanti
Yang mungkin takkan sunyi dgn. pengharapan&tangisan
Mengharap pimpinan & belaian lembut dr Yang Esa
Untukku terus tabah tempuhi kehidupan duniawi
Hanya bersamaMu Ya Ilahi..
Aku teramat memerlukanMu

Ya Allah
Peluklah daku...
Aku lemah...Aku sakit...
Aku takut menghadapi TakdirMu
sepi seorang diri..
Ya Allah
Aku menangis keranaMu
KAU sapulah airmataku
Tenangkanla aku
dalam dakapan belaianMu

Ampunilah dosa2ku
Jika Kau mahu menjemputku pergi..
Aku hanya mahukan
Bahagia di dunia & Akhirat
Sekali2 ku rasa tak mampu lagi
harungi segala keperitan duniawi...
Ya Rabbi

Rabu, 10 Ogos 2011

Mengantoknyer..ZzzzZZzz

Alahai mengantoknya..pagi tadi punya la semangat datang keje huhu,sekarang mengantok la pulok..Hujan lak tadi tu yang buat mata makin kuyup je ni..nak buat keje pun cam malas je..

Selasa, 9 Ogos 2011

Ramadhan Terakhir

Pejam celik pejam celik da seminggu lebih umat islam berpuasa.
Amy hurm tak dapat lagi nak menunaikan ibadah puasa disebabkan kesihatan tak mengizinkan.
InsyaAllah esok akan boleh puasa,tak sabar.
Bulan puasa ni yg ke 11,berpuasa tanpa arwah ayah & 7bln tanpa arwah nenek yang pulang ke rahmatullah pada 17/1/2011.
Tahun lepas 2010 adalah ramadhan & raya terakhir amy bersama arwah nenek,sedih sangat.
Arwah nenek suruh amy try pakai jubah & tudung raya dia,amy pun cuba.
Tak sangka itulah kali terakhir kami bergurau senda.
Alhamdulillah amy sempat bagi det raya terakhir tahun lepas,walaupun tak seberapa sen sangat.

Al-Fatihah buat arwah ayah & arwah tok
Moga rohnya dicucuri rahmat..
Amin RabbalAlamin

Iphone4 oh Iphone4

Hai sabar je la..det untuk bli iphone4 terpaksa digunakan untuk benda yg lebih penting..tak pe iphone4 duk baik2 & relax k..nanti amy akan beli ko jgk heheh..patut la nak beli berat je hati ni,rupanya det tu lebih penting untuk kegunaan yg lain..dugaan,redha dengan pemberiannya..yang penting usaha,tawakal & jangan putus asa..harap semuanya baik2..amin

Isnin, 8 Ogos 2011

SATU PERASAAN

SATU PERASAAN
perkataan yang sering kita ungkapkan
namun fahamkah kita apa ertinya.

SATU PERASAAN
yang menjalinkan persahabatan suci dan
dengan SATU PERASAAN jugalah yang 
memutuskan persahabatan suci itu.

Aku benci pada SATU PERASAAN
kerana pada SATU PERASAAN itulah 
aku menderita.

Namun aku masih mahu mempunyai 
SATU PERASAAN.
SATU PERASAAN yang mampu membuat
hidupku sungguh bermakna..
Terima Kasih SATU PERASAAN

Selasa, 2 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Sekejap je pejam celik pejam celik da hari ke-2 berpuasa walaupun hehehe.
Hari ni 1st time dalam seumur hidup,baru belajar buat blog. Saje je,dari duduk menyakitkan hati org baik buat hal sendiri. Semalam 1st ramadhan pegi bazar kelana jaya,mak ooiii ramai org sesak. Maklum lah bln pose ni,nafsu makan fuhh luar biasa. Itu nak makan ini nak makan,SEMUA nak mkn macam tak pernah makan haisshh.