Khamis, 21 November 2013

Selamat Ulangtahun perkenalan yang ke 4

Selamat ulangtahun perkenalan kita yang ke-4. Semoga kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih ikhlas dan jujur. Atas dasar saling percaya, insyaAllah perkenalan kita akan dieratkan dengan ijab dan qabul satu hari nanti. InsyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat dikala waktu susah dan senang, seorang abang yang sentiasa menjaga dan melindungi, naluri seorang ayah yang menyayangi, mencintai, mengasihani, sentiasa ada waktu suka dan duka, susah dan senang, sakit dan sihat, teman ketawa dan menangis. 

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan setiap urusan, sentiasa bahagia dan tersenyum, diberikan kesihatan yang baik disepanjang hayat untuk menjaga keluarga tersayang & amy. Amin Ya Rabbal Alamin :)

Khamis, 22 Mac 2012

Untuk Tatapan Para Suami

Ada aku peduli isteri dan anak-anakku sudah makan atau belum..

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak..

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur..

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram..

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajukku..

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami..

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam..

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian..

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar..

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa..

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku..

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku…menjadi ibu anak-anakkku..

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata..

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki..

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari..

Ketika isteriku mula belajar ber’sms’..dan berchatting..

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya..

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan..

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya..

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi kerja..

Kini, aku baru ingin bertanya kenapa isteriku dah tak peduli padaku?


P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah menganggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat, bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.

. Amylia Azhar .

Jumaat, 16 Mac 2012

TELATAH DI OFIS

Bila boss tak ada di ofis$B!'(B   cid:image001.gif@01C9BF3D.4D720C80 
Bila boss panggil$B!'(B cid:image002.gif@01C9BF3D.4D720C80 
Bila kene attend meeting$B!'(B  cid:image003.gif@01C9BF3D.4D720C80
Bila boss suruh gi training$B!'(Bcid:image004.gif@01C9BF3D.4D720C80
Bila time tea break$B!'(Bcid:image005.gif@01C9BF3D.4D720C80
Bila nk dekat2 pukul 5ptg$B!'(Bcid:image006.gif@01C9BF3D.4D720C80
Bila esok hari cuti$B!'!!(Bcid:image007.gif@01C9BF3D.4D720C80
Bila dpt 'assignment' baru dr boss$B!'(B    cid:image008.gif@01C9BF3D.4D720C80
Bila 'assignment' yg boss bg susah giler nk buat$B!'(Bcid:image009.gif@01C9BF3D.4D720C80 

Bila dpt tau adalah mustahil untuk siapkn 'assignment' boss$B!'(Bcid:image010.gif@01C9BF3D.4D720C80
OT untuk 2 jam$B!'(Bcid:image011.gif@01C9BF3D.4D720C80
OT untuk satu malam$B!'(Bcid:image012.gif@01C9BF3D.4D720C80
Boss suruh kita buat OT waktu weekend$B!'(B cid:image013.gif@01C9BF3D.4D720C80 
Bila dah terbuat silap$B!'(B   cid:image014.gif@01C9BF3D.4D720C80 
Bila berjaya 'perform' sikit jer$B!'(B  cid:image015.gif@01C9BF3D.4D720C80
Bila gagal, kecewa nk mati$B!'(B  cid:image016.gif@01C9BF3D.4D720C80
Bila org finance lambat byr claim staff$B!'(B     cid:image017.gif@01C9BF3D.4D720C80 
Bila dpt tau takder BONUS tahun nih$B!'(B  cid:image018.gif@01C9BF3D.4D720C80 aiyo....!!!

. Amylia Azhar .

Isnin, 27 Februari 2012

Tentang Rasa - Amy



Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Khas untuk Wazi  :)

Jumaat, 24 Februari 2012

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.

5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil

Sabtu, 4 Februari 2012

Ayu kawen

Harini ayu kawen..nak pegi dulu,nanti amy update gambar ye :0

Sabtu, 31 Disember 2011

Welcome 2012

 
Selamat tinggal 2011. Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal episod duka. Selamat tinggal kegembiraan. Selamat tinggal zaman bersuka ria. Selamat tinggal semua. Selamat tinggal.

Selamat datang 2012. Selamat datang medan pertempuran. Selamat datang hidup baru. Selamat datang kawan baru. Selamat datang dunia baru.

Moga 2012, bersikap lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Lebih rajin and segalanya. Insyallah dan paling penting lebih dekat dengan maha pencipta yang tak pernah lupa kepada hambaNYA.


*Doakan amy ye..Amy akan doakan kebahagiaan korang semua :)